Ahad, 31 Oktober 2010

Erti Sebuah Persabatan :)


Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..

P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku....
                                                                                                                    ~zulL~

Khamis, 28 Oktober 2010

Lima Cara plih sahabat .

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

                                                                                                      ~zulL~

Sains & Islam.

Pemikiran barat kini sedang berdepan dengan pertelikahan diantara agama dan sains. Mustahil untuk pemikir barat menerima hakikat bahwa agama dan sains boleh bergerak seiring. Kitab Bible yang dipercayai penganut Kristian menegaskan pohon larangan yang Nabi Adam ('alahi salaam) ditegah memakan buahnya ialah pohon ilmu. Justeru, selepas baginda memakannya, baginda mendapat ilmu yang tidak diketahui sebelumnya. Atas sebab inilah Eropah membazirkan dua kurun (2000 tahun- penterjemah) berdebat samada mahu atau tidak menerima ilmu saintifik yang dipelopori orang-orang Islam.


Institusi gereja menegaskan usaha mengkaji ilmu saintifik ialah sebab utama 'dosa asal' ('original sin'). Para bishop (ahli agama Kristian) mengemukan bukti dari kitab Perjanjian Lama ('Old Testament) bahwa selepas Nabi Adam alaihissalam memakan buah larangan tersebut dan mendapat sedikit ilmu. Lalu Allah murka dengannya dan tidak mahu mengampunkan dosanya. Justeru, institusi gereja menolak ilmu saintifik dan menganggapnya sebagai suatu perkara yang perlu dijauhi.

Akhirnya, selepas golongan tidak percaya Tuhan ('free thinker) dan ahli sains barat berupaya mengatasi kuasa gereja, mereka membalas dendam dengan mengambil pendekatan yang berlawanan dengan pendirian gereja dan mengekang apa jua pengaruh ugama. Mereka bertindak melalui jalan yang ektsrim demi mengatasi kuasa gereja dan mengurangkan pengaruh gereja menjadi entiti yang kecil dan tidak penting.

Oleh itu, jika anda berbincang isu ugama dan sains dengan seorang barat, dia akan terpinga-pinga. Orang barat tidak tahu mengenai Islam. Mereka tidak menyedari bahwa Islam memberi kedudukan tinggi kepada ilmu dan mereka yang berilmu, menganggap mereka sebagai saksi, selepas malaikat, kepada pernyataan tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah , seperti firmanNya bermaksud:

Bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian);". (Qur'aan 3:18)

FirmanNya lagi bermaksud:

Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah . (Qur'aan 47:19)

Menerusi Al-Quran, kita diberitahu Adam 'alaihi salam mempunyai kelebihan mengatasi malaikat oleh kerana ilmu yang Allah kurniakan kepada baginda. Kisah dari Al-Quran berlawanan dengan kisah dari Bible yang dipercayai telah dicemari keasliannya. Menurut Al-Quran, hakikat bahwa Nabi Adam a.s. dikurniakan ilmu meningkatkan martabatnya dan bukannya menjadi punya baginda dibuang dari Syurga. Jadi, jika kita berbincang mengenai Islam dan sains dengan pemikir-pemikir barat, mereka mengharapkan corak perdebatan yang sama seperti yang mereka biasa dengar dari persepsi agama dan budaya mereka. Kerana itulah mereka terkejut apabila mereka dibentangkan dengan fakta jelas dari Al-Quran dan Hadis.

Diantara mereka yang yang terkejut tersebut ialah Dr. Joe Leigh Simpson, Pengerusi Jabatan Obstetrik dan Ginekoloji, dan Profesor bahagian Molekul dan Genetik Manusia di Baylor College of Medicine, Houston. Ketika pertama kali bertemu beliau, Profesor Simpson bertegas untuk mengesahkan fakta dari Al-Quran dan Sunnah tersebut. Kami berjaya mematahkan kesangsian beliau. Kami tunjukkan kepadanya ayat-ayat yang menerangkan tentang perkembangan embrio manusia. Kami buktikan kepadanya bahawa Al-Quran memberitahu kita bahawa pemusakaan sifat (herediti) dan gabungan kromosom hanya terjadi selepas sperma lelaki bercantum degan ovum (telur) wanita. Seperti yang kita maklum, kromosom menentukan sifat-sifat yang akan dimiliki oleh seseorang itu, seperti warna mata, kulit, rambut, dan lain-lain.

Bermakna, sifat-sifat manusia ditentukan oleh kromosomnya. Kromosom ini mula terbentuk semasa peringkat permulaan nutfah ketika proses pembentukan embrio. Dengan kata lain, sifat-sifat menusia ditentukan dari awal ketika peringkat nutfah. Allah, berfirman bermaksud:

Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya? (Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? - Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawabo man! (Qur'aan 80:17-19)

Ketika 40 hari pertama kandungan, semua bahagian tubuh dan organ sudah dibentuk secara berperingkat-peringkat. Kita boleh lihat di dalam gambarajah 2.1 bahawa organ-organ mulai dibentuk, dipasang, dan fetus nampak seperti terpulas. Nabi Muhammad sallallahu 'alahiwasallam memberitahu kita di dalam sebuah hadis: "Untuk setiap kamu, bahagian-bahagian kejadian kamu dikumpulkan semuanya didalam rahim ibu kamu dalam masa 40 hari" (Riwayat Sahih Muslim dan Al-Bukhaari).


Di dalam sebuah hadis yang lain, Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

Apabila empat puluh dua malam telah berlalu selepas tumpahan (nutfah), Allah menghantar malaikat kepadanya, yang akan membentuk telinganya, matanya, kulit, otot, dan tulang. Kemudian dia berkata, "O Tuhan, adakah dia ini lelaki atau perempuan?" dan Tuhan kamu menentukan apa yang Dia kehendaki. (Muslim).

Profesor Simpson mengkaji dua hadis ini secara mendalam. Beliau memang arif bahawa 40 hari pertama adalah masa dimana kita boleh perhatikan perbezaan yang nyata dalam perkembangan embrio. Beliau amat kagum dengan ketepatan dua hadis ini. Kemudian, di dalam satu persidangan yang dihadirinya, beliau memberi pendapat begini: "Bermakna dua hadis ini memberikan jadual terperinci mengenai perkembangan embrio sebelum 40 hari. Lagi sekali, seperti yang telah banyak kali diulang oleh lain-lain penceramah pagi tadi, hadis-hadis ini tentunya tidak diucapkan berdasarkan ilmu saintifik yang ada pada zaman tersebut."

Profesor Simpson berkata bahwa ugama boleh memandu perkembangan ilmu. Barat, seperti yang kita katakan, menolak kemungkinan ini. Disini pula seorang ahli sains Amerika berkata ugama, terutamanya Islam, boleh melakukannya dengan cemerlang. Sebagai perbandingan, jika anda melawat sebuah kilang dengan buku panduan operasi kilang tersebut, anda tentu boleh memahami operasi kilang itu menggunakan buku panduan yang telah disediakan oleh perekabentuk dan jurubina kilang itu. Tanpa buku panduan itu, tentunya anda tidak boleh memahami proses-proses yang ada di dalam kilang tersebut.

Kata Profesor Simpson: "Oleh itu, saya berpendapat, bukan hanya tiada konflik antara kajian genetik dan ugama, malahan ugama boleh memandu sains dengan menambahkan firman Tuhan kepada cara tradisi pengkajian saintifik. Memandangkan terdapat ayat-ayat Al-Quran yang dibuktikan betul secara saintifik mengesahkan Al-Quran ini datangnya dari Allah ."

Sememangnya pandangan itu tepat. Tentunya Muslim boleh mempelopori perkembangan ilmu, dan mereka boleh memertabatkan ilmu ke tahap yang sepatutnya. Malahan Muslim tahu bagaimana ingin menggunakan ilmu sebagai bukti keujudan Allah, dan membuktikan kerasulan Nabi Muhammad sallahu'alaihiwasallam.

Allah berfirman bermaksud:

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Qur'aan 41:53).

Selepas menyedari keajaiban fakta saintifik di dalam Al-Quran dan mengetahui komen-komen yang adil dari ahli-ahli sains, mari kita bertanya diri sendiri soalan-soalan berikut:

Mungkinkan hanya satu kebetulan sahaja yang semua fakta-fakta saintifik terkini dari pelbagai bidang ini disebut di dalam Al-Quran 14 kurun lalu?

Mungkinkan Al-Quran ini ditulis oleh Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam atau oleh mana-mana manusia?

Jawaban yang masuk akal ialah Al-Quran semestinya firman-firman Allah yang diwahyukanNya. Al-Quran ialah himpunan firman-firman Allah yang diwahyukan kepada RasulNya Muhammad sallahu'alaihiwasallam melalui malaikat Jibrail. Firman-firman tersebut dihafal oleh Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam yang kemudiannya di perturunkan kepada sahabat-sahabat baginda. Mereka kemudiannya menghafalnya, menulisnya, dan mengulang-baca dengan Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam.

Selain dari itu, Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam mengulang-baca ayat-ayat Al-Quran dengan malaikat Jibrail sekali setiap bulan Ramadhan and dua kali di tahun terakhir sebelum kewafatan baginda. Sejak diturunkan ramai Muslim menghafal seluruh Al-Quran, ayat demi ayat. Ada diantaranya yang menghafal seluruh Al-Quran sebelum sampai umur sepuluh tahun. Oleh itu, tidak pelik untuk dikatakan tiada satu pun ayat Al-Quran yang berubah sejak berkurun lamanya hingga kini.

Al-Quran yang diturunkan 14 kurun lalu ada menyebut fakta-fakta yang baru kini ditemui oleh ahli-ahli sains. Ini membuktikan tanpa keraguan lagi yang Al-Quran memang firman-firman Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam. Ia juga membuktikan Muhammad sallallahu'alaihiwasallam ialah seorang rasul dan nabi utusan Allah. Tidak masuk akal untuk berkata seorang manusia empat belas kurun dahulu mengetahui fakta-fakta sains yang hanya kini ditemui dengan menggunakan peralatan dan cara yang sofistikated.
                                                                                                                                                           ~zulL~

Ahad, 24 Oktober 2010

erti CINTA dalam ISLAM..

apa erti cinta dalam islam.. "ROMANTIK, CARING, SENTIMENTAL VALUE, SEHATI SEJIWA, FANTASTIC...SEMUANYA HANYALAH PLASTIK ! Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih kearah nilai - nilai di atas semuanya adalah retorik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang di salah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta bersyariatkan islam. Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya...jika tidak berminat, masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang ....romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam islam ....bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam.?? Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating.... Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis.......kerana was-was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati. Malah orang yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih kearah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati..itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak di sekat. Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa ???...rasa rindu yang amat sangat............sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah...orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman. Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita....tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta......dan mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta dan akhirnya terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan. Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itu lah cinta hakiki yang tidak boleh di jual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. Apabila individu itu benar benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya.....ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was-was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar-benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua, tiga atau ke empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa. Malah masalah samada sayang ke, samada tidak sayang ke......tidak timbul ...kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam....bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata. Sememangnya tidak di nafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta....contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang di cintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang di bimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura - puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik ..bercakap yang baik baik di depan orang yang di cintainya....almaklumlah yang di cintai itu seorang yang beriman....tetapi bila bercakap dengan kawan kawan lain mulalah membebel entah apa-apa kerana asas malu tiada. Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam...jika ingin memulakan ikatan cinta itu....hendaklah berasaskan cinta yang penuh didikan iman. Perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut....sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru....mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari...semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk di cintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini...tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri... Ilmu yang di pelajarinya sekiranya tidak di amalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah. Begitu juga dengan anak-anak muda kita, bilamana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya....jangan mudah terusik hati...perhati kan agamanya, kebaikannya......dan segalanya sejak dia belum mengenali kita..maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya....kerana jika kita mudah membenarkan hati di lalui ...ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam.... Biarlah di katakan diri kita ego...ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan...benarkah begitu...sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat-sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak...bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik? Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa???..tentulah sekali dengan meminang wanita ini....sebab wanita ini bukan calang-calang imannya...tentulah terfikir di hati mereka......"Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk di kuasai,..kerana apabila di berinya cintanya pada aku...akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang di izin dan di halalkan oleh Islam dan Allah" Jadi kata-kata bidalan ....Berkawan biar beribu bercinta biar satu...tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut di tambah...bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam bersebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah. Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut di cintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik....di situ sudah menampakkan penilaiannya.......dimana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik..dan begitu lah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga. wallahu'alam bissawab... Berkata Imam Nawawi: "Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dlm dirimu, hilanglah cintaku padamu" DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula. Itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang,namun tidak lama kerana kasihNya. Dipohon-pohon kepadaNya, untuk meminta itu dan ini,Tuhan amat melayani hambaNya, tapi si hamba tidak peduli langsung! diperoleh dari sebuah web blog..lupa daha nama..moga ada khair untuk sahabat semua..