Rabu, 1 Jun 2011

Perubatan dalam ISLAM .

Bismillahirrahmannirrahim~


Alhamdulillah, akhirnya habis jugak ana basuh baju. Berjaya sungguh rasanya. Hahaha.. Punyalah pemalas nak basuh baju. Delay punya delay, basuh gak. Hari ni ana nak bincangkan pasal perubatan islam yang Rasulullah da ajar da pada kita. So, lepas ni korang sakit, boleh la ubatkan diri sendiri. tak yah jumpa doktor, atau bayar RM 2 untuk beli panadol solubel. Hahahaha :D


Perubatan Islam mulai muncul pada zaman selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan ia terus berkembang sepanjang abad-abad ketamadunan Islam. Sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab tidak mempunyai bidang perubatannya sendiri. Selepas kedatangan Islam didapati ramai tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidang perubatan Islam seperti Al-Razi, Ibn Sina dan Ali Ibn Abbas.


Ilmu perubatan Islam ini diamalkan dengan luasnya ketika tamadun Islam mencapai kemuncak kegemilangannya. Pada mulanya ilmu ini telah dicedok dari pengaruh tamadun kuno dan kemudiannya dimajukan lagi sejajar dengan perkembangan tamadun Islam. Unsur dan pengaruh kuno adalah kebanyakannya berasal dari ilmu perubatan Yunani atau sistem perubatan Hippocrates, dan juga amalan-amalan perubatan dari India dan China. Ibn Sina dan Al-Razi telah terus mengevolusi dan memberi suatu bentuk dan corak tersendiri kepada sistem ilmu perubatan Islam.


Namun selepas empayar Islam yang gemilang mulai lesap, banyak karya perubatan dari zaman Islam mulai muncul dalam bahasa Latin dan mempengaruhi cara pemikiran dan amalan sistem Barat. Di benua kecil India, sistem ini terus bertapak dan diamalkan disamping sistem perubatan Ayurveda dan sistem perubatan Barat moden.




TOKOH-TOKOH DALAM PERUBATAN ISLAM


HUNAYN IBNU ISHAQ


Beliau merupakan seorang pengamal perubatan dan penterjemah yang terkenal. Beliau juga dikenali sebagai Joannitius yang dilahirkan di Hirah (Iraq) dan mempelajari ilmu perubatan di Baghdad. Khalifah al-Ma’mun (813-833 M ) melantik beliau menjadi pengarah Institut al-Hikmah. Semasa pemerintahan Khalifah al-Mutawakil (847-861 M) beliau dilantik sebagai doktor istana.


Hunayn Ibnu Ishaq telah berjaya menterjemah buku Materia Medika oleh Dioscorides, Aphorisma oleh Hippocrates dan hampir semua karya Galen. Terjemahan buku-buku ini ke dalam bahasa Arab adalah sangat berguna untuk pendidikan perubatan asas.






ABU BAKAR MUHAMMAD IBNU ZAKARIA RAZI ATAU AL-RAZI


Tokoh Islam ini dikenali dengan nama Rhazes dan digelar sebagai Gaken Arab. Meyerhoff dalam buku Legacy of Islam menganggap Al-Razi sebagai seorang pengamal perubatan yang teragung dalam dunia Islam malah di dunia. Al-Razi dilahirkan di bandar Rai berdekatan dengan bandar Taheran. Beliau mendapat pendidikan awal di Baghdad yang menjadi pusat pendidikan. Beliau mempelajari ilmu perubatan dengan Hunayn yang merupakan seorang pakar dalam perubatan Parsi dan India. Al-Razi pulang ke kampung halamannya dan bertugas sebagai pegawai perubatan.




Kemahiran beliau dalam bidang perubatan tertumpu dari segi prognosis penyakit. Analisa beliau amat tajam tentang gejala dan kesan-kesan sesuatu penyakit dan cara perawatan serta pemulihan yang begitu lengkap dan mendalam. Beliau juga merupakan pengasas perubatan psikosomatik. Selain itu Al-Razi mempunyai pengetahuan yang agak mendalam tentang bidang anatomi. Sumbangan Al-Razi yang terkenal di dunia Barat adalah karya beliau. Di antara dua buah karangannya yang terbesar ialah sebuah ensiklopedia perubatan amalan dan terapeutik yang berjudul Kitab Al-Hawi. Buku teragungnya yang kedua ialah Kitab Al-Mansur. Buku ini dianggap suatu hasilnya yang tulen dan tersendiri yang mencerminkan kematangan tokoh perubatan Islam ini tentang amalan perubatan moden. Sumbangan Al-Razi terhadap ilmu perubatan dan farmakologi tidak terkira banyaknya. Beliau merupakan tokoh yang ulung sekali mengenali penyakit cacar serta cara menyembuhkannya dengan berjaya.





ABU QASSIM KHALAF IBNU AL-ZAHRAWI


Abu Qassim Khalaf atau lebih dikenali di Eropah dengan nama Abulcassis. Beliau dilahirkan di bandar Di Raja Al-Zahrah dalam tahun 936 M. Beliau merupakan seorang pengamal perubatan, pakar bedah dan Pharmacist. Sumbangan beliau terhadap bidang perubatan dapat difahami dari buku Al-Tasrif. Buku ini meliputi tajuk-tajuk yang luas dan menyentuh pelbagai bidang perubatan. Pada abad ke-12 M, nama Abu Qassim mulai harum sebagai ahli bedah dan ketokohannya dapat disamakan dengan Celcus dan Paulus dalam bidang perubatan.






ABU ALI HUSSAIN IBNU ABDULLAH IBNU SINA


Ibnu Sina atau lebih dikenali sebagai Avicenna dikalangan orang Barat merupakan seorang tokoh politik dan perubatan, falsafah dan fiologis yang terkenal di dunia. Beliau dilahirkan di Isfahan. Pada masa kecil lagi Ibnu Sina mempelajari bahasa Parsi dan Arab. Semasa berumur sepuluh tahun, beliau telah menghafal Al-Quran dan mula mempelajari ilmu perubatan ketika berumur enam belas tahun. Dua tahun kemudian, beliau menjadi terkenal apabila beliau dapat menyembuhkan sultan setelah doktor-doktor yang berpengalaman gagal. Beliau selepas itu telah dilantik menjadi doktor istana. Dengan itu beliau telah mendapat peluang keemasan kerana beliau telah diberi kebebasan menggunakan perpustakaan istana yang sangat kaya dengan pelbagai jenis buku.

Beliau menghasilkan buku yang pertama ketika berumur dua puluh satu tahun. Sepanjang hayat Ibnu Sina, beliau telah menulis sebanyak 456 buah buku. Karyanya yang paling masyhur dalam bidang perubatan ialah Al-Qanun fi Al-Tibb. Ia dijadikan sebagai buku teks perubatan di negara Islam dan Eropah selama 600 tahun.


Ibnu Sina telah dapat membincangkan penyakit - penyakit seperti tetanus, pleuritis, antraks dan diabetes dengan tepat. Beliau juga memberi gambaran klinikal yang tepat mengenai meningtis dan diagnosis. Sumbangan beliau terhadap bidang farmasi juga tidak kurang pentingnya. Dalam bukunya beliau telah membincangkan tentang proses penyediaan ubat . Beliau menyenaraikan pelbagai jenis ubat seperti antidot, pes, preservatif, jem, lozeng, pil, minyak , salap dan infusi. Beliau juga menyentuh mengenai kepentingan dos. Sumbangan ini telah menggalakkan pertumbuhan sejarah farmasi dengan secara langsung.


Ramai lagi tokoh Islam dalam perubatan yang muncul selepas Ibnu Sina. Sumbangan mereka terhadap perubatan moden tidak boleh diperkecilkan. Boleh dikatakan asas ilmu perubatan moden sekarang berasal dari konsep-konsep yang ditimbulkan oleh pakar-pakar perubatan Islam. Tanpa sumbangan ini peruabatan moden tidaklah semaju sekarang. Malangnya, selepas keruntuhan kota Baghdad telah menyebabkan ilmu-ilmu yang dikumpulkan oleh orang-orang Islam terhapus. Orang-orang Barat telah mengambil langkah yang kejam seperti memusnahkan buku-buku hasil karya Islam setelah mereka menguasainya.







Anatomy of the Human Eye
from the Treatise on Opththalmology by Hunayn Ibn Ishaq, 11th century
Al-Zahrawi ialah pencipta beberapa peralatan pembedahan , di mana tigapenting: (i) satu alat untuk tion examina- dalaman telinga, (ii) satu alat untuk pemeriksaan dalaman uretra , dan (iii) dan alat untuk menggunakan atau membuang badan asing dari kerongkong. Diamengkhusus penyembuhan penyakit oleh pengkauteran dan memohonteknik untuk sebanyak 50 operasi lain


ILMU-ILMU ASAS DALAM PERUBATAN ISLAM


Dalam zaman tamadun Islam tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa ahli-ahli perubatan Islam pernah membedah mayat manusia. Walaubagaimanapun ulama fikah yang terakhir telah mengharuskan pembedahan mayat untuk tujuan pembelajaran. Abdul Latif Al-Baghdadi selepas memeriksa beratus-ratus struktur rangka manusia telah merumuskan bahawa tulang bawahan manusia terdiri daripada satu sahaja.


Ahli perubatan Islam mengasaskan pentafsiran mereka tentang fungsi anggora badan manusia dan proses penghayatannya mengikut teori Jalinus. Daripada pentafsiran yang dibuat, mereka mendapati bahawa badan manusia terdiri daripada tiga unsur iaitu cecair, bebeku dan roh. Cecair adalah terdiri daripada humour dan unsur ini terbahagi kepada empat iaitu darah, kahak, hempedu kuning dan hempedu hitam. Keempat-empat unsur ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.


Darah adalah cecair yang panas dan basah. Darah terjadi di dalam limpa daripada makanan yang dihadamkan. Kemudian darah ini mengalir ke urat-urat halus dalam badan. Kahak adalah cecair sejuk dan basah. Tempatnya ialah di dalam urat-urat, berperam dan masak di sana untuk dijadikan makanan anggota-anggota badan. Manakala hempedu kuning adalah cecair yang panas dan kering. Hempedu kuning adalah berpunca daripada pundi-pundi kuning di dalam limpa dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang mengalir ke dalam usus di mana ia dibersihkan daripada lendir dan bahagian yang kedua menuju ke perut untuk membantu proses penghadaman. Hempedu hitam pula merupakan cecair yang sejuk dan kering. Ia dikeluarkan oleh hati yang menyimpan bahagian yang terbaik daripadanya dan menghantar sebahagian yang lain ke pangkal perut. Ini adalah untuk membuka selera makan. Bebeku adalah yang terdapat dalam badan manusia iaitu daging, tulang dan lain-lain. Roh yang terdapat di dalam manusia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu roh tabi’i yang berpunca dari hati, roh hidup berpunca dari akal fikiran dan roh haiwan berpunca dari otak yang merupakan pusat tertinggi bagi perasaan dan pergerakan.


Para ahli perubatan Islam telah membina teori yang mengatakan bahawa penyakit berpunca daripada ketidakseimbangan atau kerosakan struktur keempat-empat cecair di dalam badan. Ketidakseimbangan ini menyebabkan badan tidak stabil. Rawatan diperlukan untuk membantu badan mengembalikan keseimbangannya iaitu dengan memberikan makanan atau ubat yang berupaya melawan penyakit tersebut.






SUMBANGAN ISLAM DALAM PERUBATAN


Tidak dinafikan tokoh-tokoh perubatan Islam banyak menyumbangkan ilmu perubatan mereka kepada dunia perubatan. Kejayaan mereka telah mendapat penghargaaan yang tinggi di kalangan pengarang dunia Barat. Oftalmologi merupakan sumbangan yang terkemuka dalam perubatan Islam. Istilah-istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi sekarang adalah berasal dari orang Arab. Orang Arab juga telah membuat sumbangan yang penting terhadap beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya. Satu keadaan yang dinamakan Pannus terdapat dalam penyakit Trakoma telah dijelaskan oleh orang Arab. Glaukoma merupakan suatu keadaan peningkatan tekanan dalam bebola mata telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh orang Arab.


Sumbangan tamadun Islam terhadap farmasi, farmakologi fan farmakognosi masih ketara hingga kini. Materia media penulisan orang Islam masih lagi digunakan di Afrika Utara, India, Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara lain di Asia. Secara umumnya tokoh-tokoh Islam telah menghasilkan tiga prinsip penting.


Dalam bidang kimia ubat dan alkemi, tokoh-tokoh Islam telah memperkenalkan kepada dunia betapa pentingnya kejituan pemerhatian, kawalan percubaan dan penyimpanan rekod. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip ini masyarakat Islam telah merangsang dan menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan kimia di Eropah.


Orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai apotekari dan dispensari yang mempelopori pusat pengajian farmasi.


Umat Islam merupakan masyarakat yang pertama sekali melaksanakan pengawalan etik farmasi melalui undang-undang pemeriksaan. Formulasi farmaseutikal terkawal telah diterbitkan oleh umat Islam dan menggariskan secara rasmi penyediaan dan penyimpanan ubat.


Di samping itu pelbagai bentuk dos ubat telah dikemukakan oleh tamadun Islam. Diantaranya ialah dalam bentuk salap, serbuk, minyak, pes, pil tablet, rebusan, sirap dan lain-lain. Selain cara-cara membuat ubat, umat Islam adalah umat yang pertama sekali melaksanakan kawalan mutu ke atas hasilnya. Seorang pegawai khas akan dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan pengawalan mutu.


Diharap perkongsian ana yang tak seberapa ni mampu mensavingkan kos perubatan korang  insyaallah :) syukran 

Rabu, 25 Mei 2011

7 Ayat Cinta Menurut Sabda Rasulullah S.A.W


Sabda Rasulullah S.A.W: “Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah s.w.t dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan”: 

  1. BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM – pada setiap kali hendak melakukan sesuatu.

  1. ALHAMDULILLAH – Pada setiap kali habis melakukan sesuatu.

  1. ASTAQHFIRRULLAH HAL A’ZIM – Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

  1. INSYA ALLAH – Jika berjanji atau ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

  1. LAHAULAWALA QUATAILLABILLAH – Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

  1. INNALILLAHI WA INNAA ILAIHI RAAJI’UN – Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

  1. LAAILAAHAILLALLAH – Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya, amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang-orang yang terpilih oleh Allah s.w.t.


*Amalkanlah dan semoga jiwa kita lebih damai...

Khamis, 19 Mei 2011

Bukan Senang Menjadi Pemimpin


 بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
assalamualaikum ...

Kalau kita lihat sejarah para rasul, walaupun rasul-rasul itu punya kekuatan, hanya tiga orang rasul saja yang memerintah. Mereka ialah Nabi Sulaiman, Nabi Daud dan Rasulullah s.a.w. Rasul-rasul yang lain tidak memerintah. Mereka cuma memimpin tapi tidak memerintah.

Peliknya, mengapa kita berjuang, ghairah sangat hendak memerintah? Padahal para nabi yang mana nabi itu orangnya luar biasa, bukan saja memerintah, kalau dia tidak memimpin orang pun tidak menjadi satu kesalahan. Cukup dia menjaga dirinya sahaja.
Maksudnya, hendak pimpin orang bukan senang. Mesti ada satu keistimewaan khususiah yang Allah bagi pada orang itu.
Di sini kita hendak bawakan suatu cerita. Cerita ini semua orang tahu, iaitu cerita Nabi Khidir dan Nabi Musa a.s. Tapi hikmahnya banyak orang tidak tahu.
Cerita ini sama ada diceritakan dalam kitab mahupun disampaikan oleh tok-tok guru, hanya dikatakan Allah hendak beritahu pada Nabi Musa bahawa ada orang yang lebih alim daripada baginda.
Tetapi di sini yang hendak diceritakan adalah satu tafsiran baru yang lebih penting lagi daripada tafsiran yang di atas. Allah temukan Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s., tetapi Allah tukar peranan masing-masing.
Seolah-olah Allah berkata, "Hai Musa! Engkau pemimpin, sekarang Aku tukar kedudukan engkau jadi pengikut." Tiga hari saja. Nak tengok, berjaya tak jadi pengikut.

Seolah-olah Allah bercakap pada Nabi Khidir, "Hai Khidir, kamu bukan pemimpin, tapi aku nak lantik engkau jadi pemimpin tiga hari saja." Berjaya tak?
Jadi bila ditemukan Nabi Musa dan Nabi Khidir, Nabi Musa pun ikutlah Nabi Khidir. Nabi Khidir yang kini jadi pemimpin berkata, "Kalau nak aku, jangan banyak cakap, ikut saja. Kalau banyak tanya nanti berpisahlah kita."
Jadi, mereka pun mula berjalan lalu berlakulah episod pertama. Terjadilah hal yang pelik. Nabi Khidir memecahkan perahu.
Nabi Musa tidak tahan, baginda tidak boleh terima dan bertanya, sedangkan baginda sudah berjanji tidak akan bertanya. Nabi Khidir pun mengingatkan, "Bukankah aku cakap jangan tanya, nanti berpisah kita."
Nabi Musa meminta maaf dan Nabi Khidir pun memberi peluang lagi kepada Nabi Musa mengikutinya.
Berjalan lagi, jumpa peristiwa pelik kedua. Nabi Khidir membunuh seorang budak. Nampak macam melanggar syariat. Nabi Musa tidak tahan, baginda bertanya lagi mempersoalkan pemimpinnya. Sekali lagi baginda diingatkan oleh Nabi Khidir akan janjinya.
Kali ketiga berlaku lagi. Nabi Khidir pun memutuskan untuk berpisah.
Apa yang kita faham, bila bertukar peranan, kedua-duanya gagal. Pemimpin gagal, pengikut pun gagal. Pengikut tidak sanggup taat. Yang pemimpin pula, kerana dia hanya seorang nabi, Allah tidak kuatkan dia seperti rasul.
Pemimpin sepatutnya bersabar dalam mendidik anak buah. Itulah keistimewaannya. Sebab itulah rasul-rasul yang dapat 'ulul azmi' adalah mereka yang paling sabar.
Jadi apa yang kita faham, seorang itu walaupun bukan rasul, tapi dia adalah mujaddid yang ditunjuk oleh Allah, maka Allah akan bekalkan kesabaran yang luar biasa kepadanya. Orang lain tidak boleh buat dan tidak akan tahan.
Begitu juga hendak jadi pengikut pada seorang pemimpin yang sebenar, bukan senang hendak taat. Nampak lain sedikit, sudah mula hendak persoalkan. Ada perkara yang pelik sedikit, dia rasa itu tidak betul. Seolah-olah dia lebih pandai dari pemimpin.
Antara pemimpin dengan pengikut, Allah bagi jarak ilmu yang terlalu jauh. Jadi pengikut juga perlu sabar untuk taat. Cuba tengok Nabi Khidir. Atas dasar ilmu baginda layak jadi pemimpin, tapi atas dasar ketabahan hati baginda tidak layak.

Sebab itu, Nabi Adam waktu dia bertaubat sujud 40 tahun sampai pokok tumbuh besar dikelilingnya, pun tidak dapat gelaran 'Ulul Azmi'. Mengapa? Baginda sujud itu bukan memimpin. Baginda dengan tuhan saja. Dengan tuhan baginda rasa lazat, tapi cuba pimpin manusia dengan bermacam-macam ragam, susah dalam berhadapan dengan musuh, berhadapan dengan kerenah anak buah.
Ini bukan sesuatu yang senang untuk dihadapi. Nabi Musa sampai tersesat di padang pasir 40 tahun lamanya kerana memimpin Bani Israil, barulah baginda mendapat darjat 'Ulul Azmi'.
Jadi setiap orang kenalah redha dengan kedudukan masing-masing. Mungkin keupayaan yang dikurniakan oleh Allah itulah merupakan saluran untuk kita berbuat kebaktian.
Oleh itu, janganlah kecil hati dan bersyukurlah Allah tidak pilih kita jadi pemimpin kerana ditakuti tidak layak. Bila tidak layak, ia boleh menjadi punca kerosakan yang banyak kepada manusia.
Ada dinyatakan oleh Al-Imam Hasan Al-Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat Islam dengan katanya,
"Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman, dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi; dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya;..dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnaya – menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-sekali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka, tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustada’fin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang-orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."

alhamdulillah, setakat sini saje lah penulisan saya, saya harap anda smua dpt ikhtibar dri perkongsian saya ini. Insyaallah bila umur saya panjang saya akan tulis lagi.. maassalama...

Khamis, 28 April 2011

Ingin Kembali Ke Pangkal Jalan..!!!

Sekiranya anda telah puas menjalani kehidupan dan keseronokan dunia. Sekiranya anda telah serik diuji dan merasakan anda dah tak larat lagi menghadapi ujian dan dugaan yang berterusan dan sekiranya anda ingin kembali ke pangkal jalan, bertaubat dan menginsafi diri kembali ke jalan Allah Taala maka anda sebenarnya telahpun berada di tempat yang betul tanpa anda sendiri sedari. Selamat bertamu di sini dan saya harap anda dapat meluangkan masa membaca artikel-artikel yang ada sebanyak mungkin. Ilmu itu ubat, ilmu juga boleh membawa cahaya kesedaran.

Analoginya mudah, katalah kita suka makan burger. Mungkin kalau kita makan satu atau dua burger maka ia terasa begitu sedap tetapi bila kita disuruh makan 20 biji burger maka saya rasa yang sedap akan hilang dan digantikan dengan rasa mual dan sesilap kita muntah. Samalah kisahnya dengan kehidupan di dunia ini. Bila kita hidup dalam maksiat, minum arak, berjudi, hidup menghabiskan saban malam di kelab-kelab malam dan sebagainya maka saya yakin satu hari nanti anda akan tiba ke satu ketika yang mana anda akan merasa jemu dan muak dengan semua ini. Kehidupan tanpa objektif dan tak tahu mana arah tujunya.

Kalau dahulu anda rasakan yang diri anda muda dan cantik dan menjadi idaman semua orang satu hari nanti anda akan sedar bila diri anda menjadi hodoh, tua kerepot dan tak diingini lagi. Kalau dahulu anda merasakan diri anda kuat dan boleh mengalahkan semua orang satu hari nanti anda akan sedar yang anda telah menjadi lemah dan tak berupaya lagi. Kalau dahulu anda merasakan anda serba kaya dan berada, satu hari nanti anda akan sedar yang semua kekayaan itu tak menjanjikan kebahagiaan. Kalau dahulu anda merasakan anda berpangkat dan berkuasa hinggakan semua orang takut dan patuh pada anda, satu hari nanti anda akan tahu yang anda umpama harimau yang hilang taringnya bila kuasa dan pangkat itu telah tiada lagi.  



Sudahlah tu. Bertaubatlah. Pulanglah ke pangkal jalan.

Bagaimana?

Konsep 4P mungkin boleh membantu.

1.  Pengisian
Carilah pengisian mengenainya. Bacalah buku yang menceritakan bagaimana untuk bertaubat. Untuk benar-benar bertaubat dan mengakui kesalahan, untuk tidak mengulangi perbuatan buruk, istiqomah / berterusan dan sebagainya. Kembalilah berhubungan dengan Allah kerana inilah yang paling utama. Dia yang berkuasa atas setiap sesuatu.
2.  Pengulangan
Bila bertemu dalam dilema persimpangan dua jalan, ke kiri menuju kegelapan dan ke kanan menuju cahaya kebaikan maka berulangkali pilihlah untuk berada dalam cahaya. Keluarkan semua sifat buruk, gantikan yang mana yang lebih baik dan benar.
3.  Pengukuhan
Dekatkanlah diri dengan Allah Taala dengan menjalankan ibadah-ibadah yang diperintahkanNya. Berhijrahlah, dekatkan diri dengan orang-orang yang soleh yang bakal menyokong anda dan jauhkan diri dari mereka-mereka yang merosakkan.
4.  Penerapan
Andai diizin Allah, lama kelamaan anda akan meniti perjalanan yang baru, lama kelamaan ketenangan dan kebahagiaan akan mula menular di hati. InsyaAllah.

Dari apa yang saya perhatikan selalunya perjalanan pergi dan balik selalunya melalui jalan yang sama. Contohnya bermula dengan merokok kemudian menagih dadah, dari menagih kemudian mengedar dadah. Untuk pulang ia juga akan melalui jalan yang serupa. Berhenti mengedar kemudian, berhenti menagih dan akhirnya berhenti merokok tetapi dalam kes-kes yang tertentu ada juga yang dapat memberhentikan semuanya sekaligus. Sesungguhnya itu lebih baik.

Sekian dahulu. Saya doakan agar anda berjaya kembali ke pangkal jalan dan menemui kebahagiaan yang dicari selama hari ini. Amin.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Ikhlas dari, 
Muhammad Zulhilmi :)

Sabtu, 2 April 2011

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH.


Doa buat mereka...

Pertemuan membibitkan kemesraan dan perpisahan seringkali mendatangkan kesedihan. Namun jangan ditangisi perpisahan yang berlaku kerana ukhwah yang terjalin begitu indah tanpa disedari masa berdetik begitu pantas. Tersirat suka dan duka pahit dan manis semuanya dilalui dengan seribu kenangan. Moga ukhwah yang terjalin ini akan terus berkekalan. Moga tema-teman sentiasa disirami cahaya kebahagian dan nur kasih sayang. Moga kejayaan dan kebahagian milik kita bersama.Ameen..


Tiada yang menjadi impian, selain rahmat kasihMU Tuhan. Yang terbias pada ketulusan sekeping hati seorang insan bernama teman

Bismillahirahmanirrahim..

Segala puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabat baginda yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan pentas kehidupan ini telah ENGKAU jadikan bagiku seorang kawan sahabat dan teman. Mengenal dan mengajarku erti kehidupan bergelar teman. Aku tunduk dan akur pada peraturan dan jalan cerita yang telah ditentukan.


Ya Rahman..
Dalam kekalutan dan masalah yang kuhadapi, kau hadirkan aku teman-teman. Ku dokan mereka sentiasa di bawah rahmatMU..Hari-hari yang dilalui dengan penuh pengertian dengan Nur dan petunjukMU.. 
sayang pada seseorng itu pasti akan kekal :)


Ya Rahim..

Ampunilah daku dan teman-temanku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang dan lagi maha mengasihani. Kau titipkanlah ukhwah yang indah moga ia kekal selama-lamanya. Lindunglah kami dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu. Tabhakan hati-hati kami ketika kami mungkin terjatuh dan tersungkur. 


Ya Allah…

Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Rahmatilah kami, kurnialah kami kesejahteraan buat kami dalam meniti perjalanan kehidupan yang tidak tahu hujungnya. Kerna Engkau yang maha mengetahui ya Rabbi..


Sesungguhnya pertemuan itu bersyarat, dan perpisahan itu adalah pasti.

Ya Allah…


Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai. Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.

Sabtu, 19 Mac 2011

Jika Kita Mencintai Seseorang


Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia tersebut.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah
mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
Hati-hati dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan
apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.
Cinta kepada harta artinya bakhil, cinta kepada perempuan artinya alam, cinta kepada diri artinya bijaksana,
cinta kepada mati artinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai
perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.
Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.
Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu
objek yang bisa dilihat oleh kasat mata, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan
meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.
Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi
gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.
Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu,
raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah
anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh.
Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Ahad, 6 Februari 2011

KASIH SAYANG.




Assalamualaikum Wbr...


Hari ni suke saya nak share sedikit sebanyak tentang apa yg bermain di fikiran saya..bagi saya..kadang-kadang perlu juga kita berikan sedikit perhatian mengenai makna
"kasih sayang"...


adakah orang yang tidak mengucapkan perkataan sayang itu ego??



tetiba teringat pulak lirik lagu Lafaz Yang Tersimpan daripada Unic


terima kasih buat sahabat-sahabat saya yang terlibat dalam perkongsian ini...Hanafi, Fifi Latifatul Afidah, Mastura, Atikah, Azura, Muhammad Nur Izwan, Yusma Nadia dan Zahara... Semoga kalian sentiasa berada di dalam rahmat dan kasihNya..ameeen...

Hayati kata-kata mereka..selamat membaca...

-seorang ayah pilih kasih terhadap anaknya
-seorang guru pilih kasih terhadap muridnya
-seorang bos pilih kasih terhadap pekerjanya


Hakikatnya, perasaan pilih kasih tak dapat dinafikan, tetapi jangan lari dari landasan keadilan...
Dalam dakwah tidak ada sikap pilih kasih. Cubalah bersikap pilih kasih, nescaya terencat cita-cita Islam dengan sebab pilih kasih dai'enya...


Wassalam.


"em..pilih kasih...kadang2 orang silap tafsir bile baik or layanan lebih sikit dengan seseorang, dikatakan pilih kasih..padahal orang tu cube untuk tingkatkan lagi prestasi orang yang dia nampak berpotensi.. . jadi orang tu dapat tumpuan yang lebih sikit dari yang lain....em.. ...em... walaupun ada akal, tapi manusia still cenderung untuk melihat dan menyuarakn yang negatif dulu...

'Sebatang lilin tidak akan rugi ape2 jika digunakan untuk menyalakan lilin yang lain'
~James Keller~
Salam

Sahabatku, kadang-kadang seseorang ini mendidik kita bukan dengan cara membelai dan menunjukkan ke"caringan" nya. Tapi kadang-kadang membiarkan kita survive sendiri, berguling-guling sendiri,menangis sendiri, mencari jawapan sendiri. Membiarkan kita rasa kita betul, kemudian bila tersalah membetulkan sendiri.

Tindakannya seolah-olah tidak pedulikan kita, tapi kerap kali mencuri pandang pada kita kerana kerisauannya, buat-buat tak tahu pada kita seolah-olah membenci kita tetapi sering bertanya pada orang lain tentang kita tanpa pengetahuan kita , sedangkan hatinya menangis melihat ujian yang melanda kita, menitis air mata mendoakan kita.Tak pernah menyatakan sayang pada mulutnya, tapi komunikasi tanpa suara itulah medium untuk kami berbicara, sayang tak terucap.

Bisikan-bisikan nasihat mengiringi perjalanan kita, walaupun terpaksa bergerak kerja sendiri, tapi semangat juangnya mengiringi kita dan tak pernah kita merasa keseorangan. Walaupun terpisah jasad, walaupun jarang berjumpa tapi ukhwah tetap mekar dan ingatlah ukhwah itu bukan sekadar kebersamaan kita, tapi subjektif bergantung dengan keikhlasan dan pengorbanan kita. Itulah tarbiyah dzatiyah (jati diri) agar menjadikan kita berjiwa tegar, berdikari dan berjiwa besar.


P/S: Boleh dikira berapa patah kata "sayang" seumur hidup yang terlafaz di bibir pada orang tersayang. Egokah??

Tidak, kami menunjukkan sayang melalui tindakan. "The word of action".